Tuesday 18 August 2009

WAWASAN KAMPUNG

Untuk memastikan impian tercapai, Kampung Pangkal Petai telah menggariskan:

WAWASAN KAMPUNG PANGKAL PETAI 2010
  1. Kampung Maju Tahun 2010
  2. Sifar Dadah Sifar Jenayah
  3. 100 Anak Kampung Keluar IPTA/IPTS
  4. Kampung Perlancongan
  5. Pusat Info Desa Cemerlang
  6. Mewujudkan 25 Usahawan
  7. Mewujudkan 7 buah Industri Kecil
  8. Mewujudkan Pertanian Baik
  9. Kampung Bermaklumat
  10. Kampung Berdaya Saing Dalam Semua Aspek.

NAMA DAN SEJARAH KAMPUNG

Kampung Pangkal Petai diberi nama semenjak 1880 sempena Pokok Petai yang tumbuh liar, rendang dan mengeluarkan buah yang lebat di kawasan ini. Lebih seabad yang lalu, Hutan Cerang di kawasan ini telah terbakar, hangus keseluruhan sehingga menjadi sebagai padang, hanya yang tinggal ialah sebatang pokok petai, serumpun rotan sega dan sebatang pokok merkel dan ditempat yang rendah dimana air bertakung menjadi hijau warnanya.

Peristiwa ini diketahui oleh satu keluarga dari Kemuning yang terdiri dari Haji Abdullah yang bijak lagi lebai. Tok Besar yang gagah, Tok Sulaiman yang berani dan pandai bermain senjata dan Tok Senik yang bijak menjadi penghulu telah bersetuju menjadikan penempatan dan mereka menamakan kawasan ini sebagai Kampung Cherang Hangus, Kampung Sega, Kampung Pangkal Petai, Kampung Merkel dan Kampung Air Hijau.

Sunday 9 August 2009

PENGENALAN

Desa Pangkal Petai akan memperkenalkan desaku yang tercinta iaitu Kampung Pangkal Petai yang terletak 5 km dari Bandar Machang, Kelantan.


Kampung yang berjiran dengan Kampung Pangkal Petai ialah Kampung Sega, Kampung Cherang Hangus dan Kampung Air Hijau.