Sunday 30 May 2010

JIRAN MUDA KRT PANGKAL PETAI JUARA

Jiran Muda KRT Pangkal Petai menjadi juara Anugerah Rukun Tetangga Cemerlang 2010 kategori Pengurusan Jiran Muda. Anugerah disampaikan pada 21 Mei 2010 di Melaka International Trade Centre (MITC), Ayer Keroh, Melaka.






Wednesday 5 May 2010

PELANCARAN JALUR LEBAR KOMUNITI BESTARI PANGKAL PETAI

Majlis Pelancaran Jalur Lebar Komuniti Bestari Pangkal Petai diadakan pada 30 April 2010. Majlis berlangsung dari pagi hingga ke malam. Pelbagai Aktiviti diadakan dan sambutan diluar jangkaan. Antara aktiviti yang dijadualkan pada waktu pagi ialah Sukaneka dan Pameran dari Jabatan Kerajaan. Pada waktu petang pula, diadakan Pertandingan Mewarna kanak-kanak, Pertandingan Gubahan Bunga untuk golongan wanita dan acara kemuncak iaitu Pelancaran Jalur Lebar Komuniti Bestari Pangkal Petai yang disempurnakan oleh Pengarah Jabatan Penerangan Negeri Kelantan. Persembahan dikir barat pada waktu malam mengakhiri majlis tersebut. Kini pengguna boleh menikmati kemudahan internet di zon WiFi Komuniti Bestari Pangkal Petai.